WealthForward di FB

http://www.facebook.com/WealthForward

Tercari-Cari Pelaburan Yg Ideal?

Dapatkan Khidmat Nasihat dan Cadangan Kami | 019-364 0736

Pemilihan yang Teliti dan Menguntungkan!

Dapatkan Khidmat Nasihat dan Cadangan Kami | 019-364 0736

Bersama Menikmati Pulangan Lebih yang Menguntungkan!

Dapatkan Khidmat Nasihat dan Cadangan Kami | 019-364 0736

Rekod Lampau Kami Menceritakan Segalanya!

Dapatkan Khidmat Nasihat dan Cadangan Kami | 019-364 0736

Masa Untuk ANDA Jadi KAYA!

"Masa" memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan terus bertambah.

Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun dan merupakan pembaca tegar Majalah Metro, ruang WANG ANDA. Lili sedar betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya kita melihat 20 tahun akan datang, simpanan Lili dalam akaun pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.

Didi pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45 tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.

Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.


Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).

Pastinya anda pernah dengar istilah "yang kaya semakin kaya" bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!

Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!

*Artikel oleh Irfan Khairi

Bagaimana Untuk Melabur Dalam Unit Amanah (Unit Trust)


Terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust CIMB ini iaitu :

1. Lump Sum (sekaligus)
2. Regular savings (secara bulanan)
3. KWSP (Akaun 1 sahaja)

Lump Sum
Lump sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam satu amount…RM1000 atau RM10,000  atau RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan. Sebarang dividen yang dibayar juga akan dilaburkan semula ke dalam modal atau anda boleh memilih untuk mengambil hasil dividen setiap tahun sebagi pendapatan pasif anda.

Melabur Secara Bulanan
Melabur secara bulanan atau Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank / secara manual. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur dengan serendah minimum RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.

Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan sama ada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan dan tempoh pelaburan yang anda ingini.

Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Ringgit Cost Averaging (RCA) di mana setiap bulan NAV (Nilai Aset Bersih) anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan bagi tempoh jangka panjang.

Pengeluaran Caruman KWSP
Pelaburan melalui KWSP perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :

  • Pengeluaran hanya dari Akaun 1 sahaja.
  • Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (rujuk pada jadual simpanan minimum KWSP)
  • Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
  • Minimum setiap pelaburan RM1000

Sekiranya anda ingin memulakan pelaburan dalam unit trust sama melalui salah satu kaedah atau ketiga-tiganya sekali, bolehlah hubungi saya dengan segera.

Menyimpan dan Melabur

Menyimpan dan melabur adalah dua perkara yang berbeza. Apabila anda menyimpan anda memperolehi faedah dari simpanan yang anda lakukan. Apabila melabur, anda sebenarnya menggandakan wang dari wang yang anda laburkan itu. Simpanan adalah untuk jangka pendek manakala pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Apabila anda menggabungkan simpanan dan pelaburan, anda tidak hanya membiarkan wang anda tersimpan sahaja, tetapi anda juga menjadikan wang anda bekerja untuk anda.

Kenapa Unit Trust Dikatakan Pelaburan Secara Kolektif?


"Skim pelaburan kolektif" adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur. Dalam skim pelaburan kolektif, sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dapat dikongsi bersama oleh pelabur tersebut. Skim Unit Amanah (SUA) adalah satu jenis skim pelaburan kolektif.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil UTMC (rujuk atas untuk istilah penuh). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Jadi jangan risau ke mana wang kita tu "berjalan". Dijamin selamat.

Dalam skim unit trust, pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Apakah Itu Unit Amanah @ Unit Trust

Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust lah. Okeylah, seterusnya kepada definisi pula.

Dari segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC)