Menyimpan dan melabur adalah dua perkara yang berbeza. Apabila anda menyimpan anda memperolehi faedah dari simpanan yang anda lakukan. Apabila melabur, anda sebenarnya menggandakan wang dari wang yang anda laburkan itu. Simpanan adalah untuk jangka pendek manakala pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Apabila anda menggabungkan simpanan dan pelaburan, anda tidak hanya membiarkan wang anda tersimpan sahaja, tetapi anda juga menjadikan wang anda bekerja untuk anda.